Jalurlebar merubah hidup saya



Saya juga berpendapat bahawa jalur lebar ini membawa kita mendepani realiti baru yang pantas berubah dan berkembang.Selain itu,saya juga berpendapat bahawa jalur lebar ini dapat mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.
Dengan ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat merealisasikan wawasan 2020.Antara matlamat wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan,yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.Kesimpulannya bahawa jalur lebar ini telah membawa perubahan yang drastik dalam hidup saya.

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru tentang isu jalur lebar atau lebih di kenali sebagai broadband.Pada pendapat saya,jalur lebar merupakan satu alat perhubungan yang terpantas tanpa menggunakan wayar pada masa kini.Idea penciptaan jalur lebar ini dapat memudahkan pengguna internet untuk mencari maklumat kerana ia mudah digunakan dan cepat.


Pada pandangan saya,jalur lebar ini sesuai digunakan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan yang sudah bekerja dan para pelajar.Jalur lebar juga merupakan satu berita gembira bagi golongan yang gemar melayari internet.Pengguna jalur lebar tidak perlu menunggu lama di hadapan komputer atau laptop untuk mencari maklumat.


Selain itu,jalur lebar ini dapat memudahkan lagi urusan penting seperti membayar bil elektrik,bil air atau saman.Kita tidak perlu menunggu lama di hadapan komputer untuk menjelaskan bil-bil tersebut.


Para pelajar juga dapat mencari bahan-bahan di internet dengan cepat.Sebagai contohnya, sebelum menggunakan jalur lebar ini,saya terpaksa mengambil masa yang lama unuk mendapatkan sesuatu maklumat.tapi kini dengan adanya jalur lebar saya tidak perlu menunggu lama untuk mencari maklumat.


Selain itu,jalur lebar ini mudah diperoleh dan harganya juga berpatutan.Dengan harganya yang berpatutan ia dapat dimiliki oleh pelbagai lapisan.Bagi saya,jalur lebar ini senang digunakan dan senang dibawa kemana-mana.

Jalur lebar,
Oh jalur lebar,
Engkau adalah sumber maklumat kepada aku,
Aku mengenali engkau,
Tidak sampai enam bulan,
Akan tetapi,
Engkau telah banyakmengubah hidup aku,
Engkau juga telah mengubah pandangan aku,
Terhadap engkau.

Jalur lebar,
Oh jalur lebar,
Engkau telah mengajar aku,
Tentang banyak perkara,
Engkau telah mengubah pandangan aku,
Terhadap engkau,
Dahulunya aku mengaggap engkau hanyalah,
Suatu alat perhubungan yang membuang masa,
Suatu alat perhubungan yang membazirkan wang,
Akan tetapi,
Setelah aku mengenali engkau,
Pandangan negatif aku terhadap engkau,
Lantas berubah menjadi positif.
Jalur lebar,
Oh jalur lebar,
Kadang-kadang aku terfikir,
Mengapakah dari dahulu aku tidak memiliki engkau?
Adakah mungkin kerana ,
Aku tidak mempunyai sumber keewangan?
Adakah mungkin kerana ,
Aku jahil tentang perkembangan teknologi
Yang semakin hari semakin berkembang?
Adakah mungkin kerana,
Aku sentiasa berfikiran negatif terhadap engkau?
Adakah mungkin kerana,
Aku memikirkan bahawa jalur lebar lebih membawa keburukan daripada kebaikan?
Jalur lebar,
Oh jalur lebar,
Engkau telah menyedarkan aku ,
Dari terlena panjang,
Dari berfikiran cetek ,
Engkau telah menyedarkan aku,
Bahawa tidak semua yang ada ,
Adalah bersifat negatif,
Perkara negatif hanya akan wujud apabila jalur lebar ini disalah gunakan,
Akan tetapi,
Jika ia digunakan pada jalan yang benar,
Maka sudah tentu perkara negatif dapat dielak dan tidak akan berlaku.
Jalur lebar,
Oh jalur lebar,
Engkau telah mengubah hidup aku,
Engkau telah mengubah pandangan aku,
Engkau telah memberi aku idea yang bernas,
Engkau telah memberi aku ilmu yang luas,
Terima kasih jalur lebar.





Jalur lebar bermaksud kepantasan. Ia adalah nama kolektif yang diberikan untuk pelbagai capaian internet berkelajuan tinggi.
Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit(narrowband). Secara umumnya broadband adalah proses pengiriman dan penerimaan data melalui sistem jaringan telekomunikasi dengan kecepatan tinggi iaitu bermula dari 256 kbps hingga 100 Mbps. Jalur lebar juga merujuk kepada spectrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi . contoh yang nyata ialah ADSL di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum.
Broadband merupakan istilah yang sudah lama dikenal, khususnya di kalangan pengguna Internet. Broadband juga diertikan sebagai jalan yang lebar , sehingga memberikan akses yang jauh lebih cepat dibandingkan yang didapatkan dari sambungan modem dial-up biasa.
Jalur Lebar Merubah Hidup Saya
Benarlah slogan yang mengatakan maklumat di hujung jari. Jalur lebar banyak mengubah hidup saya.





Dengan adanya jalur lebar ia amat bermakna buat saya ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Saya adalah seorang pelajar yang sebelum ini tidak mengenali apa itu internet dan jalur lebar. ketika itu saya hanya seorang amatur yang menggunakan komputer peribadi sebagai tempat bermain permainan di dalamnya. Saya menganggap menggunakan jalur lebar merupakan pekara yang sia-sia yang boleh menyebabkan komputer mudah dijangkiti virus dari internet, keruntuhan akhlak disebabkan pornografi dan banyak lagi perspektif negatif tentangnya.
Ternyata sekali saya silap, ketika saya berumur 6 tahun saya mula didedahkan dengan jalur lebar internet ini oleh kawan saya. Sedikit demi sedikit, mata saya mula terbuka luas dan mulai sedar kebaikan jalur lebar menjangkau perspektif negatif yang berlegar dalam sanubari sebelum ini. Malah bukan itu sahaja keluarga sahaja mula prihatin tentang kepentingan jalur lebar ini yang mana sebelum ini jug
a memandang sebelah mata.
Kehidupan kami sekeluarga mula berubah apabila Ayah saya mula melanggan jalur lebar streamyx. Kegunaan internet dapat membuatkan saya mengetahui banyak ilmu pengetahuan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Sir Wan Khairul dan juga ibu
saya yang banyak mengajar saya mengunakan jalur lebar. Tanpa beliau saya masih mundur dari mengecapi arus perdana. Penggunaan jalur lebar internet telah membuatkan saya lebih berilmu. Masa lapang saya juga, saya isikan untuk mencari maklumat dalam internet. Mencari maklumat dalam internet sememang hobi saya.
Saya sendiri menggunakan jalur lebar untuk membuka filem-filem yg terkini. Hal ini dapat menjimatkan masa dan wang saya sekiranya saya pergi ke panggung wayang atau membeli vcd.

Ibu saya seorang usahawan pengedar produk kesihatan dan kecantikan . Melalui kelebihan jalur lebar, sedikit sebanyak saya mendapat ilmu dan fakta-fakta berkaitan dengan makanan tambahan. Disini saya dapat membantu melariskan jualan peniagaan beliau dengan menerangkan kepada pelanggan beliau tentang kepentingan makanan tambahan kepada sistem tubuh manusia.

Begitu juga dengan ayah saya yang turut membantu memajukan perniagaan ibu saya. Dia merupakan guru penolong kanan yang sentiasa sibuk. Saya selalu membantu beliau mendapatkan maklumat terkini dan membuat slideshow.Berbekalkan pengetahuannya yang luas,beliau sering diundang untuk memberi ceramah di merata tempat sehingga tidak menang tangan. Semua disebabkan maklumat dari jalur lebar yang banyak membantu.
Bukan itu sahaja, jalur lebar mengeratkan lagi dan menjalinkan hubungan dengan kawan-kawan lebih efisien dan terkini dengan adanya sistem rangkaian
Facebook, Twitter, Friendster, myspace dan lain-lain. Jika dulu saya menempah hotel untuk percutian maka kini saya cuma mengklik sahaja portal tertentu untuk tempahan. Jalur lebar amat memudah segala urusan saya.
Jalur lebar internet juga menjimatkan duit saya dari membeli surat khabar. Ini kerana, terdapatnya laman web seperti
Utusan online dan Berita harian online yang menjadi pilihan saya.

Dengan ini saya sebagai seorang pelajar yakin bahawa internet boleh membantu saya untuk berjaya dalam bidang pelajaran. Bagi saya orang lain juga rasa gembira dengan ada jalur lebar. Kita sebagai pengguna pasti berasa senang dengan kemudahan yang ada. Segalanya telah tersedia, kita hanya perlu bijak menggunakannya agar manfaatnya dapat kita nikmati.Dengan kemudahan ini saya juga dapat meningkatkan pelajaran melalui e-pembelajaran. Terlalu banyak laman web di internet yang membantu saya meningkatkan mutu pelajaran saya. Saya akan terus belajar dan mendalami dunia tanpa sempadan ini. Jalur Lebar banyak mengubah hidup saya. Sekiranya Jalur lebar tidak mengubah hidup saya, maka tiadalah laman blog ini dan saya adalah orang yang tergolong diantara orang yang buta IT.



SEKOLAH SAYA MEMBANGGAKAN


Rabu, 2009 Oktober 07

Sayangi Sekolah: Inisiatif berhasil
Oleh Roselan Ab Malekupen@bharian.com.my
Usaha SK Pekan Jaya
salur maklumat dapat pengiktirafanMEWUJUDKAN Taman Herba, Galeri Bitara Seni dan Bilik Pameran Pencegahan Dadah (PPDa) antara inisiatif Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Jaya, Pekan, Pahang
bagi mengukuhkan peranannya sebagai pusat ilmu.Guru Besarnya, Ummi Kalthum Abu Bakar, berkata usaha itu dilakukan bagi menyediakan pelbagai pengetahuan dan maklumat kepada murid, selain mendedahkan mereka mengenai seni warisan budaya bangsa Melayu.
Beliau memberi contoh, tumbuhan di Taman Herba yang dilabelkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris turut dilengkapi sudut maklumat menerangkan manfaat sumber semula jadi itu untuk perubatan.Galeri Bitara Seni pula mempamerkan barangan lama pernah digunakan masyarakat dulu yang dikumpulkan daripada guru dan ibu bapa.Pelbagai maklumat bagi menyedarkan murid mengenai akibat penyalahgunaan dadah dan sebagai usaha mengelakkan mereka terjebak dengan najis itu, katanya, didedahkan menerusi PPDa.


“Taman Herba menghimpun pelbagai jenis herba untuk penawar penyakit seperti pokok gajah beranak, kacip fatimah, tongkat ali, bisa ular, pecah beling, puting beliung dan rempah gunung.“Di Galeri Bitara Seni pula dipamerkan koleksi gambar dan biodata guru silat di Pahang agar murid mengetahui asal usul perguruan silat di negeri ini seperti Silat Pendekar Ahmad, Silat Pendekar Endol, Silat Sutan Maakat, Silat Cikgu Jantan, Silat Pendekar Hussain dan Silat Pawang Nong.“Selain itu, sudut gambar tokoh pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Lela, Mat Kelantan, Raja Ibrahim Tan Kechik dan Raden Damabulan (Panglima Hitam) yang banyak berjasa menentang penjajahan Inggeris,” katanya.Ummi Kalthum berkata, inisiatif itu antara lain bertujuan menaikkan nama sekolah yang baru lima tahun ditubuhkan itu, selain bersaing dengan sekolah lain bukan saja di peringkat negeri malah kebangsaan.




Justeru, katanya, penerimaan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar 2009 daripada Kementerian Pelajaran, baru-baru ini, memberi makna besar kepada warga sekolah itu.Beliau berkata, pengiktirafan itu menjadi pencetus semangat warga sekolah terdiri daripada 558 murid, 39 guru dan 12 kakitangan sokongan terus melonjak pencapaian.Antara usaha bagi mencapai hasrat itu ialah memastikan kemudahan dan persekitaran sekolah kondusif serta menarik bagi memberi keselesaan murid melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.“Keselesaan prasarana boleh mendorong murid meraih kecemerlangan menyeluruh, termasuk pembentukan sahsiah.“Mengenai pencapaian terbaik sekolah setakat ini, 16 murid memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun lalu.



“Kejayaan kokurikulum, antaranya juara pertandingan ikatan dan simpulan kebangsaan, johan kawad kaki perkhemahan tunas kadet remaja sekolah kebangsaan, persembahan delegasi peringkat Asean di Istana Budaya, Kuala Lumpur; naib juara Seni Silat Tempur Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang dan ketiga sukan tenis kebangsaan,” katanya.



Berikutan kejayaan itu, beliau menjelaskan SK Pekan Jaya mendapat kepercayaan Jabatan Pelajaran Pahang untuk dicalonkan penerima pelbagai pengiktirafan peringkat kebangsaan dan negeri.Antara pengiktirafan peringkat kebangsaan ialah Anugerah Sekolah Cemerlang Kementerian Pelajaran; Anugerah Kokurikulum dan Anugerah 3K, manakala negeri pula Anugerah Gading Bersilang Peringkat Pahang.
Berita Harian Online: 7 Oktober 2009
Dicatat oleh GURU_CIKGU di 22:01
Label: anugerah
Posted by adibah


Saya juga berpendapat bahawa jalur lebar ini membawa kita mendepani realiti baru yang pantas berubah dan berkembang.

Selain itu,saya juga berpendapat bahawa jalur lebar ini dapat mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan Dengan ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat merealisasikan wawasan 2020.

Antara matlamat wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan,yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.Kesimpulannya bahawa jalur lebar ini telah membawa perubahan yang drastik dalam hidup saya.

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru tentang isu jalur lebar atau lebih di kenali sebagai broadband.Pada pendapat saya,jalur lebar merupakan satu alat perhubungan yang terpantas tanpa menggunakan wayar pada masa kini.Idea penciptaan jalur lebar ini dapat memudahkan pengguna internet untuk mencari maklumat kerana ia mudah digunakan dan cepat.

Pada pandangan saya,jalur lebar ini sesuai digunakan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan yang sudah bekerja dan para pelajar.Jalur lebar juga merupakan satu berita gembira bagi golongan yang gemar melayari internet.Pengguna jalur lebar tidak perlu menunggu lama di hadapan komputer atau laptop untuk mencari maklumat.

Selain itu,jalur lebar ini dapat memudahkan lagi urusan penting seperti membayar bil elektrik,bil air atau saman.Kita tidak perlu menunggu lama di hadapan komputer untuk menjelaskan bil-bil tersebut.

Para pelajar juga dapat mencari bahan-bahan di internet dengan cepat.Sebagai contohnya, sebelum menggunakan jalur lebar ini,saya terpaksa mengambil masa yang lama unuk mendapatkan sesuatu maklumat.tapi kini dengan adanya jalur lebar saya tidak perlu menunggu lama untuk mencari maklumat.

Selain itu,jalur lebar ini mudah diperoleh dan harganya juga berpatutan.Dengan harganya yang berpatutan ia dapat dimiliki oleh pelbagai lapisan.Bagi saya,jalur lebar ini senang digunakan dan senang dibawa kemana-mana.